Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angka korban akibat letupan lori tangki petrol di negeri Jigawa, utara Nigeria minggu lalu kini melebihi 181 orang, kata Gabenor negeri itu, Umar Namadi pada Selasa. Foto AFP

Angka korban letupan lori tangki petrol di Nigeria meningkat kepada 181

ByBernama

ABUJA, 23 Okt: Angka korban akibat letupan lori tangki petrol di negeri Jigawa, utara Nigeria minggu lalu kini melebihi 181 orang, kata Gabenor negeri itu, Umar Namadi pada Selasa, lapor Xinhua.

Namadi memberitahu pemberita, sekurang-kurangnya 80 orang lagi dimasukkan ke hospital selepas lori tangki petrol hilang kawalan dan terbalik di Majiya, sebuah bandar di kawasan seliaan kerajaan tempatan Taura, pada malam 15 Okt.

Beliau berkata 210 keluarga terjejas akibat letupan itu, dan kebanyakan mangsa merupakan orang yang bergegas ke tempat kejadian untuk mengaut petrol yang tumpah ke dalam parit selepas lori tangki itu terbalik.

Beliau menyatakan kerajaan negeri telah membayar bil perubatan untuk semua mangsa dan sedang berusaha memastikan keluarga yang terjejas “meneruskan kehidupan mereka.”

Upacara pengebumian beramai-ramai mangsa diadakan pada 16 Okt di Majiya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan