Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anthony Loke berkata subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar Sarawak dan Sabah akan diteruskan meskipun setelah syarikat penerbangan MASwings diambil alih oleh syarikat milik kerajaan Sarawak. Foto fail TVS

Ambil alih MASwings, subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar Sarawak, Sabah diteruskan

JOHOR BAHRU, 23 Okt: Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar Sarawak dan Sabah akan diteruskan meskipun setelah syarikat penerbangan MASwings diambil alih oleh syarikat milik kerajaan Sarawak.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kementeriannya sudah ada perjanjian dengan kerajaan Sarawak untuk terus menyalurkan subsidi.

“Memang setiap tahun Kementerian Pengangkutan ada peruntukan untuk memastikan perkhidmatan udara luar bandar tidak terjejas.

“Tidak kira siapa pengendalinya, sebelum ini MASwings, dan sudah tentu subsidi itu disalurkan kepada MASwings, tetapi sekiranya selesai (proses pengambilalihan) oleh kerajaan Sarawak nanti melalui syarikat penerbangan mereka mengambil alih MASwing, subsidi itu akan disalurkan kepada syarikat tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Pelabuhan dan Logistik ASEAN, di sini, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilaporkan menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan subsidi pengangkutan luar bandar ditamatkan sekiranya MASwings diambil alih kerajaan Sarawak.

Mohd Shafie yang juga bekas Ketua Menteri Sabah itu dilaporkan bimbang jika subsidi berkenaan tidak diteruskan kos penerbangan intra Sabah akan meningkat.

Pada 11 Oktober lalu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilaporkan yakin proses pengambilalihan syarikat penerbangan, MASwings oleh kerajaan Sarawak akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Menurutnya, kerajaan Sarawak kini dalam peringkat rundingan lanjutan dengan beberapa pihak berkepentingan. Ia membabitkan Malaysian Aviation Group (MAG), Khazanah Nasional Bhd dan pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAB).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan