Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Sarawak tampil cemerlang dalam Temasya Sukan 2024 yang berlangsung di Pulau Pinang. Foto AIM Wilayah Sarawak

Wilayah Sarawak ungguli kutipan pingat Sukan AIM 2024

KUCHING, 22 Okt: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Sarawak melakar kejayaan dengan mengungguli kutipan pingat pada Temasya Sukan Amanah Ikhtiar Malaysia 2024 (SUKAIM24).

Kejohanan yang bermula 17 hingga 20 Oktober di Pulau Pinang itu menyaksikan penguasaan Sarawak dalam beberapa acara utama termasuk bola sepak, badminton dan bola jaring.

Ketua Kontinjen Wilayah Sarawak, Abdul Hafiz Soni berkata, kejayaan itu adalah bukti kesungguhan anak buahnya walaupun berdepan saingan sengit pasukan lain.

“Pada edisi kali ini, Sarawak mencipta sejarah tersendiri sebagai Juara Kumpulan C bersama Wilayah Kedah (4-0), Johor (5-0) dan Kelantan (0-0) di peringkat kumpulan.

“Malah, kemenangan luar biasa 3-2 menentang Sabah dari Kumpulan A telah melayakkan Pasukan Bola Sepak AIM Wilayah Sarawak ke peringkat perlawanan akhir,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Beliau berkata, berbekalkan semangat berjuang habis-habisan, pasukan Sarawak berjaya muncul juara dalam perlawanan penentuan sepakan penalti 2-1 setelah terikat 1-1.

Pada masa yang sama katanya, penjaga gol Wilayah Sarawak turut dinobatkan sebagai penjaga gawang terbaik.

Bagi kategori badminton pula jelasnya, mereka berjaya melangkah ke peringkat akhir menerusi kategori badminton berpasukan, perseorangan lelaki, perseorangan wanita, regu lelaki manakala regu campuran sekadar meraih pingat gangsa.

“Pingat emas berjaya dimenangi menerusi kategori perseorangan lelaki (menang ke atas Sabah), perseorangan wanita (menang ke atas Ibu Pejabat) dan regu lelaki (menang ke atas Pahang) manakala pingat perak untuk badminton berpasukan.

“Kejayaan kesemua kategori tersebut secara tidak langsung mengesahkan Juara Keseluruhan Badminton SUKAIM 2024 milik Wilayah Sarawak. Sekali gus meletakkan pasukan kita sebagai pemegang pingat emas terbanyak kejohanan iaitu empat emas, satu perak dan satu gangsa,” katanya.

Selain itu, pasukan bola jaring Sarawak juga menunjukkan prestasi yang sangat mengkagumkan di peringkat kumpulan.

Kejohanan yang disertai 12 kontinjen itu turut disokong Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) sebagai penaja utama.

Untuk rekod Wilayah Sarawak yang dibarisi 65 orang atlet pernah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan SUKAIM pada tahun 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan