Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wabak contagious caprine pleuropneumonia (CCPP), penyakit serius yang menyerang kambing disebabkan oleh bakteria Mycoplasma capricolum subsp. capripneumoniae telah dilaporkan di wilayah Dornogovi, tenggara Mongolia. Foto hiasan Envato

Wabak penyakit berjangkit dilapor serang kambing di Mongolia

ByBernama

ULAN BATOR, 22 Okt: Wabak contagious caprine pleuropneumonia (CCPP), penyakit serius yang menyerang kambing disebabkan oleh bakteria Mycoplasma capricolum subsp. capripneumoniae telah dilaporkan di wilayah Dornogovi, tenggara Mongolia, menurut Pihak Berkuasa Am bagi Perkhidmatan Veterinar negara itu pada Selasa, seperti dilaporkan oleh Xinhua.

CCPP tidak pernah dilaporkan di Mongolia sejak 1950-an, menandakan ketidakhadiran selama 70 tahun, menurut pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Dianggarkan kira-kira 15,000 ekor kambing milik lebih 70 keluarga pengembala di Khatanbulag soum (bahagian pentadbiran) di wilayah itu telah dijangkiti. Pihak berkuasa berkata langkah-langkah sedang dilaksanakan untuk mengehadkan penularan penyakit itu dan memusnahkan kambing yang dijangkiti.

Penyakit yang sangat berjangkit itu merebak antara haiwan dalam hubungan rapat melalui titisan pernafasan yang dijangkiti.

Antara gejala pada kambing termasuk hilang selera makan, demam, dan masalah pernafasan seperti dyspnea, polypnea dan batuk.

Mongolia pada akhir 2023 mempunyai 64.7 juta ternakan dengan kambing menyumbang 38.1 peratus daripada jumlah itu, menurut Pejabat Statistik Negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan