Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Prof. Dr. Shahril Yusof (dua dari kiri) melancarkan Infak Tunai Pembinaan Bangunan FIS. Foto UMS

Universiti Malaysia Sabah perkukuh pendidikan Islam di Sabah

KOTA KINABALU, 22 Okt: Universiti Malaysia Sabah (UMS) komited memperkukuhkan pendidikan Islam di Sabah melalui penganjuran Seminar Kebangsaan Hafazan Al-Quran oleh Fakulti Pengajian Islam (FIS).

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Dr. Shahril Yusof, yang mewakili Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor, memuji usaha FIS menganjurkan seminar tersebut yang bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar tetapi turut meningkatkan kefahaman agama dalam kalangan masyarakat.

“Seminar ini bukan sekadar bermanfaat kepada pelajar, malah membantu merancakkan usaha meningkatkan kefahaman agama. Bacaan Al-Quran yang tepat adalah asas kepada solat dan menjadi tunjang utama dalam kehidupan umat Islam,” katanya semasa berucap di  Majlis Perasmian di Pusat Islam UMS hari ini.

Beliau turut menegaskan kepentingan keseimbangan antara tuntutan duniawi dan ukhrawi, sambil menambah bahawa UMS melalui seminar ini memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan pendidikan Islam di Sabah.

“Penubuhan FIS adalah langkah penting yang melahirkan graduan bukan sahaja untuk berkhidmat kepada masyarakat Sabah tetapi juga meningkatkan pengajaran agama di negeri ini,” tambahnya lagi.

Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran Infak Tunai bagi Pembinaan Bangunan FIS serta penyerahan watikah pelantikan Profesor Adjung kepada pendakwah bebas terkenal, Al-Fadhil Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Arifin Mohd Arif, Ketua Pustakawan UMS, Md. Sazali Md. Salleh dan Dekan FIS, Dr. Sarip Adul. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan