Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera China memulakan latihan tembak langsung berhampiran Taiwan pada Selasa sebagai sebahagian tindakan mengekalkan tekanan ke atas pulau yang diperintah sendiri selepas mengadakan latihan berskala besar. Foto AFP

Tentera China diarah bersiap sedia untuk berperang

ByAFP

BEIJING, CHINA 22 Okt : Tentera China memulakan latihan tembak langsung berhampiran Taiwan pada Selasa sebagai sebahagian tindakan mengekalkan tekanan ke atas pulau yang diperintah sendiri selepas mengadakan latihan berskala besar.

Bulan ini China menghantar kapal perang di sekitar pulau itu dalam apa yang dikatakan Beijing sebagai amaran keras kepada tindakan pemisah pasukan ‘Kemerdekaan Taiwan’.”

Pada Isnin, Pentadbiran Keselamatan Maritim (MSA) di pulau timur Pingtan mengumumkan bahawa “tembakan senjata” akan berlaku di kawasan terhad berhampiran dengan tanah besar China, kira-kira 105 kilometer (66 batu) dari Taiwan.

MSA berkata latihan bermula pada 9:00 pagi waktu tempatan (0100 GMT) pada Selasa dan berlangsung selama empat jam di kawasan seluas kira-kira 150 kilometer persegi (60 batu persegi).

Pingtan adalah titik paling dekat di tanah besar China dengan pulau utama Taiwan.

Pihak berkuasa maritim tidak menyatakan pasukan China mana yang akan melakukan tembakan langsung, atau objektifnya.

Sebagai tindak balas kepada latihan itu, kementerian pertahanan Taiwan berkata ia memantau dengan teliti aktiviti dan niat ketenteraan China.

Taipei berkata latihan itu boleh menjadi sebahagian daripada taktik Beijing untuk mengukuhkan ugutannya seiring dengan isu dinamik di Selat Taiwan.

Perdana Menteri Cho Jung-tai menyifatkan China sebagai ancaman yang menjejaskan keamanan dan kestabilan serantau.

Lapor AFP, Presiden Xi Jinping dikatakan menyeru tenteranya agar bersiap sedia untuk berperang.

China tidak pernah memerintah pulau itu, tetapi ia mendakwa Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan berkata ia tidak akan membenarkan penggunaan kekerasan untuk membawa negara itu ke bawah kawalannya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan