Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Saringan ketat pelantikan Ahli Lembaga GLIC dan GLC, fokus profesionalisme dan integriti

ByZhahrulniza

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Pelantikan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kini perlu melalui proses saringan ketat yang melibatkan semakan rekod oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah ini diambil bagi memastikan semua calon yang dilantik mempunyai rekod bersih dan boleh dipertanggungjawabkan.

“Pelantikan ini juga menekankan kepada keperluan profesionalisme. Sama ada seseorang itu pernah memegang jawatan politik tidak menjadi isu. Syarat utama adalah mereka berkelayakan dengan sebahagian besar pelantikan melibatkan golongan profesional.

“Kita tidak mendiskriminasi berdasarkan latar belakang politik, tetapi keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai pengalaman profesional yang relevan,” katanya di semasa sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Bagaimanapun jelas Anwar, terdapat beberapa bidang terutamanya institusi kewangan dan agensi berkaitan kewangan di mana pelantikan ahli lembaga pengarah tidak dibenar melibatkan individu yang pernah terlibat dalam politik bagi menjaga integriti sektor tersebut.

Tegas beliau, mulai tahun depan, Ketua Audit Negara juga akan memantau agensi-agensi ini sebagai langkah tambahan bagi memastikan tiada salah laku atau penyelewengan dalam operasi GLIC dan GLC yang terlibat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan