Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mahmudin memberikan taklimat sebelum operasi pencarian mangsa dilakukan. Foto TVS

SAR kelasi kapal warga Mynmar ditangguh

SARIKEI, 22 Okt: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kelasi kapal warga Mynmar yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ditangguhkan pada jam 5.30 petang tadi.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, operasi bermula pada jam 10 pagi di sekitar kawasan kejadian berkenaan itu gagal menemui sebarang petunjuk keberadaan mangsa.

Operasi SAR hari pertama katanya, dilakukan dengan menggunakan kaedah pencarian di atas permukaamn air dalam radius satu kilometer dari lokasi mangsa jatuh.

“Pada sebelah petang, radius pencarian diperluaskan dalam tiga kilometer dengan kekuatan anggota SAR 16 orang menggunakan bot ke lokasi kejadian. Kita menyusuri Sungai Rajang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Insiden berlaku ketika kapal yang sarat dengan muatan batu dari Kuching itu tiba di Sarikei untuk melakukan pemunggahan.

Bagaimanapun katanya, sebelum sempat tiba di kawasan Jeti Taman Susur Jambu, dua anak kapal tiba-tiba memaklumkan mangsa, Min Wai Lin, 44, terjatuh ke sungai dari kapal tersebut.

Pada masa yang sama katanya, beberapa orang anak kapal membaling peralatan keselamatan life ring buoy selain menurunkan bot ke sungai untuk menyelamatkan mangsa, namun gagal apabila lelaki itu tenggelam sebelum hilang

Laporan kejadian dibuat pengemudi kapal berkenaan di Balai Polis Sarikei sebelum SAR dilancarkan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan