Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pelantikan Rosman Razak sebagai ketua jurulatih beregu wanita negara, sekali gus menjawab desas-desus mengenai kepulangan individu berpengalaman itu untuk memimpin skuad negara. Foto BAM (FB)

Rosman kembali sertai BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pelantikan Rosman Razak sebagai ketua jurulatih beregu wanita negara, sekali gus menjawab desas-desus mengenai kepulangan individu berpengalaman itu untuk memimpin skuad negara.

BAM dalam kenyataan memaklumkan Rosman, 48, akan memulakan tugas di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara pada 5 Nov ini.

“Kami mengalu-alukan Rosman kembali bersama pasukan kejurulatihan. Pengalaman beliau bersama skuad kebangsaan amat berharga dan kami percaya kepimpinannya akan memainkan peranan penting dalam memacu pasukan beregu wanita ke tahap lebih tinggi,” kata Pengarah Kejurulatihan BAM Rexy Mainaky.

Rosman yang mempunyai pengalaman hampir dua dekad membimbing pemain beregu akan bekerjasama rapat dengan Rexy, jurulatih skuad senior Ching Kai Feng dan jurulatih remaja Amelia Anscelly.

Matlamat utama mereka ialah untuk mengukuhkan dan memajukan pasukan beregu wanita.

Sementara itu, Rosman berkata beliau teruja untuk memulakan persiapan skuad kebangsaan.

“Saya berbesar hati untuk kembali ke BAM dan teruja untuk menyahut cabaran ini. Pasukan beregu wanita mempunyai potensi besar dan saya tidak sabar untuk membina kemajuan yang dicapai selama ini,” katanya dalam kenyataan sama.

Rosman yang kontrak bersama BAM tidak diperbaharui pada 2020, kemudiannya berhijrah ke Filipina dan sedang melatih beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan