Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa laluan akan ditutup sempena Kuching Waterfront Festival 2024 yang akan diadakan mulai 25 Oktober hingga 3 November ini bertempat di Tebingan Kuching. Foto IPD Kuching

Penutupan jalan sempena Kuching Waterfront Festival 2024

KUCHING, 22 Okt: Beberapa jalan di Kuching ditutup sementara bermula 25 Oktober hingga 3 November ini sempena Kuching Waterfront Festival 2024 

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Farhan Lee Abdullah berkata, jalan-jalan yang terlibat ialah Jalan Lebuh Wayang ke Main Bazaar, Jalan Main Bazar dan Jalan Wawasan ke Jalan Wayang.

Menurutnya penutupan jalan-jalan terbabit bagi melancarkan perjalanan program dan pergerakan aliran trafik di lokasi terlibat.

“Jalan akan ditutup pada 26 Oktober mulai jam 7 pagi hingga 12.30 tengah hari sempena perasmian Sarawak Regata 2024 dan pada 3 November mulai jam 12 tengah hari hingga 6 petang sempena penangguhan Sarawak Regata 2024,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Justeru itu, kenyataan turut memohon kerjasama orang ramai yang datang agar tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan dan dinasihatkan supaya merancang perjalanan serta memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan