Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Henry Harry Jinep pada sidang media sempena Pesta Tasik Biru 2024 di Bau, hari ini. Foto TVS

Penggunaan jaket keselamatan perlu dalam aktiviti berkaitan sukan air

BAU, 22 Okt: Susulan insiden perahu karam yang mengorbankan lima pengkayuh semasa latihan persiapan Regata Sarawak pada 18 Oktober lalu, Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOT) menyarankan penggunaan jaket keselamatan untuk digunakan bagi aktiviti di sungai dan laut.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep berkata, pihaknya mengesyorkan agar penggunaan jaket keselamatan dikuatkuasakan dalam mana-mana aktiviti berkaitan sukan air demi meminimumkan insiden yang tidak diingini agar tidak berulang.

“Kita berpendapat bahawa perlu adanya penambahbaikan dari segi keselamatan di mana-mana pun bukan sahaja regata, tetapi bila adanya perlumbaan perahu atau bot dan sebagainya.

“Pertama, kita pastikan yang mengambil bahagian itu sebagai pengkayuh, mesti pandai berenang, itu asas yang paling utama dan kalau tidak tahu atau berenang, elakkan daripada menyertai aktiviti tersebut,” katanya pada sidang media Pesta Tasik Biru 2024 di sini, hari ini.

Menurut Henry, pihaknya memandang serius akan isu keselamatan dan turut mencadangkan agar pihak berkenaan mencari alternatif terutama dari segi keselamatan ketika melakukan aktiviti sukan air sekiranya tanpa ada penggunaan jaket keselamatan.

“Saya sarankan semasa mengadakan latihan sukan air dan sekiranya tidak menggunakan jaket keselamatan, pasukan terbabit perlu menyediakan bot pengiring sebagai langkah keselamatan sekira berlakunya sebarang insiden yang berlaku di kawasan perairan. Pasukan bot pengiring ini penting sebagai responder pertama sekira berlakunya sebarang kecemasan,” katanya.

Henry turut menyarankan agar mana-mana individu atau kumpulan yang menjalankan aktiviti di sungai agar memaklumkan kepada agensi bertanggungjawab seperti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (SRB) untuk memudahkan perjalanan penugasan serta aktiviti yang bakal dilaksanakan.

“Ketiganya, kalau hendak buat latihan, pastikan anda memaklumkan kepada pihak Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (SRB) kerana pihak SRB boleh menetapkan masa, hari dan jadual latihan supaya tidak akan ada bot lain yang akan menggunakan laluan tersebut. Jadi, bot yang terlibat dalam latihan itu akan selamat,” ujarnya.

Henry menambah bahawa penggunaan jaket keselamatan ketika berada di sungai atau laut adalah penting bagi mengelakkan sebarang insiden yang kurang baik berlaku kerana langkah keselamatan awal adalah penting untuk kebaikan diri sendiri walaupun seseorang itu mahir berenang.

Ini katanya turut dipraktikkan ketika penganjuran Pesta Tasik Biru yang sudahpun memasuki edisi ke-18.

“Selama ini, di Tasik Biru, memang kita wajibkan penggunaan jaket keselamatan semasa menggunakan atau aktiviti riadah air dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak sentiasa berjumpa dengan pihak pengusaha dan mengesyorkan penggunaan jaket keselamatan sebagai satu keperluan wajib,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan