Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kini sedang menilai semula pelaksanaan projek-projek pembangunan termasuk pembinaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) baharu berikutan peningkatan kos pembinaan yang ketara.

Pembinaan MRSM Lawas ditangguhkan, kos pembinaan meningkat ke RM151.67 juta

ByZhahrulniza

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kini sedang menilai semula pelaksanaan projek-projek pembangunan termasuk pembinaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) baharu berikutan peningkatan kos pembinaan yang ketara.

Antaranya, pembinaan MRSM Lawas yang telah ditangguhkan sementara kajian semula dilakukan.

Menurut Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid, kos asal pembinaan MRSM Lawas dianggarkan sebanyak RM130 juta berdasarkan hasil Makmal Pengurusan Nilai.

Namun, peningkatan kos sebanyak RM21.67 juta berdasarkan anggaran terkini Preliminary Detailed Abstract (PDA) telah menjadikan kos keseluruhan kepada RM151.67 juta.

“Sehubungan itu, cadangan pembinaan MRSM Lawas ditangguhkan dan akan dibincangkan semula dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

“Keutamaan buat masa ini adalah menangani isu-isu kritikal yang melibatkan pengoperasian MRSM baharu, terutama dari segi perjawatan yang setakat ini hanya ditawarkan melalui Contract of Service,” katanya menerusi jawapan lisan yang dipaparkan di laman web rasmi Parlimen Malaysia.

Jelasnya, kementerian turut memberi perhatian kepada penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan fasiliti di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) di seluruh negara termasuk MRSM, terutamanya bagi institusi yang telah berusia lebih 15 tahun.

“Penambahbaikan dalam kemudahan pembelajaran dan pengajaran di MRSM juga merupakan salah satu fokus utama kementerian,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan