Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barangan yang berjaya dirampas daripada suspek. Foto IPD Sarikei

Lelaki aktif pecah masuk sekitar Sarikei dicekup

SARIKEI, 22 Okt: Seorang lelaki yang disyaki aktif melakukan jenayah mencuri dan pecah masuk bangunan di sekitar daerah ini, dicekup polis, pada Isnin.

Lelaki tempatan berusia 45 tahun itu ditahan di tepi Jalan Sentebu, Taman Susur Jambu, pada jam 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitendan Aswandy Anis berkata, suspek disyaki terlibat melakukan sekurang-kurangnya tujuh kes pecah masuk dan curi sejak Julai sehingga Oktober 2024.

“Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau iaitu dua di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

“Pada masa yang sama hasil saringan air kencing , suspek didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan penahanan lelaki itu kata beliau, polis berjaya merampas sebuah motosikal, pakaian dan serangkai anak kunci yang disyaki digunakan oleh suspek untuk melakukan kegiatan jenayah berkenaan.

Berikutan itu, suspek direman selama hari untuk siasatan lanjut. Kes masih disiasat di bawah Seksyen 380 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan