Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga Pakistan meninggal dunia di sebuah klinik swasta di Jalan Dato Keramat dipercayai selepas ditikam dengan alat pemutar skru semalam. Foto TVS

Lapan individu diberkas kes tikam warga Pakistan dengan pemutar skru

GEORGE TOWN, 22 Okt: Polis memberkas lapan individu bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki warga Pakistan selepas ditikam dengan alat pemutar skru di Pulau Tikus di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, kesemua suspek termasuk seorang wanita yang berusia 22 hingga 58 tahun itu ditahan menerusi siri serbuan di sini awal pagi tadi.

“Mereka terdiri daripada pemilik dan pekerja kedai buah serta pemilik kedai motosikal yang terletak bersebelahan dengan kedai buah itu.

“Bagaimanapun usaha mengesan suspek utama sedang giat dijalankan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam, seorang lelaki warga Pakistan maut selepas disyaki ditikam oleh seorang lelaki tempatan dipercayai menggunakan alat pemutar skru di sebuah kedai buah.

Mangsa berusia 48 tahun itu didakwa cuba mencuri minuman keras di kedai tersebut sebelum disedari pemilik premis.

Difahamkan, ketika pemilik premis menegur perbuatan lelaki itu, seorang pelanggan yang datang ke kedainya secara tiba-tiba bertindak menikam mangsa mengunakan pemutar skru.

Satu tikaman dikatakan terkena pada dada mangsa, manakala tiga lagi di belakang badan.

Mangsa meninggal dunia selepas dihantar ke sebuah klinik di Jalan Dato Keramat yang terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan