Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Komitmen kerajaan dalam memerangi kemiskinan tanpa diskriminasi kaum

ByZhahrulniza

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha kerajaan untuk menangani kemiskinan tegar tidak hanya tertumpu kepada satu kaum tetapi melibatkan semua golongan masyarakat tanpa diskriminasi.

Beliau turut menegaskan kemiskinan merupakan isu bersama yang merentasi semua lapisan masyarakat.

“Memang benar majoriti yang terkesan adalah dari kalangan Melayu dan Bumiputera, namun terdapat juga kelompok masyarakat India yang turut menghadapi kemiskinan tegar, terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur,” katanya di semasa sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sungai Siput, S. Kesavan yang berharap pendekatan menoktahkan kemiskinan dilaksanakan kepada semua kaum, termasuk India.

Mengambil contoh di Kuala Lumpur katanya, walaupun majoriti penduduk miskin adalah Melayu, namun terdapat juga peratusan yang tinggi dari kalangan masyarakat India yang memerlukan bantuan.

“Kita tidak mengira kaum dalam menyelesaikan masalah kemiskinan. Semua golongan yang termasuk dalam kategori miskin tegar sama ada Melayu, Cina atau India akan diberi bantuan yang sewajarnya,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa ahli-ahli parlimen dari masyarakat India untuk memahami bahawa bantuan kerajaan meliputi semua kaum dan menolak dakwaan bahawa hanya golongan Melayu yang menerima bantuan.

“Dasar kerajaan adalah jelas. Semua warganegara yang termasuk dalam golongan miskin tegar tanpa mengira kaum, layak dan wajib dibantu,” katanya.

Beliau berharap penjelasan ini akan menghapuskan sebarang kekeliruan mengenai dasar bantuan kerajaan dalam menangani isu kemiskinan tegar di negara ini.

Pada 31 Jan tahun lepas, sejumlah 126,372 ketua isi rumah kategori miskin tegar telah dikenal pasti dan pada 29 Julai tahun ini, jumlah itu telah diselesaikan.

Sementara itu, pada 1 Ogos lepas, pendaftaran tambahan dibuka melibatkan 22,893 permohonan baru.

Setakat 21 Oktober, sebanyak 15,029 atau 65.6 peratus (miskin tegar) telah diselesaikan dengan baki kes sedang diuruskan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan