Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemangku Residen Miri, Juan Ubit semasa perasmian Majlis Penangguhan Seminar Pemerkasaan Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Mentor Kepulihan Siri 3/2024 Peringkat Negeri Sarawak di Hotel Dynasty Miri, hari ini. Foto Tasha Jenkins (TVS)

Kes penagihan dadah libatkan golongan belia meningkat

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 22 Okt: Kes penagihan dadah di Sarawak meningkat dengan ketara daripada 2,433 kes bagi tempoh Januari hingga Mei 2023 kepada 3,422 kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2024 berdasarkan laporan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak.

Pemangku Residen Miri, Juan Ubit berkata, lebih membimbangkan, 77.7 peratus daripada kes ini melibatkan golongan belia berumur antara 20 hingga 39 tahun.

Menurutnya, penekanan terhadap inisiatif “Dadah Terkawal 2025” menjadi objektif utama bagi menggalakkan kerjasama antara pelbagai pihak demi mencapai sasaran kerajaan.

“Belia adalah tonggak masa depan negara, semua pihak harus  lebih proaktif menangani masalah ini. Kita tidak boleh membiarkan belia terjerumus dalam kancah yang merosakkan kerana mereka adalah harapan negara dan negeri untuk menbangunkan masa depan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di  Majlis Penangguhan Seminar Pemerkasaan Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), dan Mentor Kepulihan Siri 3/2024 Peringkat Negeri Sarawak di Hotel Dynasty di sini, hari ini.

Katanya, AADK memperkenalkan pendekatan holistik dalam program pemulihan melalui Model iPulih, merangkumi aspek biopsikososial dan spiritual, dengan tumpuan kepada program psikososial, rawatan perubatan, latihan kemahiran, dan kerjaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan