Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa bergegas ke lokasi selepas menerima laporan mengenai insiden tembakan rambang di sebuah rumah di kawasan Fall City. Foto: Envato

Insiden tembakan rambang di Washington ragut 5 nyawa termasuk 3 kanak-kanak

ByBernama

WASHINGTON, 22 Okt: Seorang remaja lelaki ditahan susulan kematian lima orang termasuk tiga kanak-kanak dalam satu insiden tembakan di Washington pada Isnin, lapor United Press International (UPI).

Pihak berkuasa bergegas ke lokasi selepas menerima laporan mengenai insiden tembakan rambang di sebuah rumah di kawasan Fall City, sejurus sebelum 5 pagi (waktu tempatan) kira-kira 25 batu di timur Seattle.

Lima mangsa ditemukan mati di dalam rumah berkenaan dan suspek cuba menggantung diri, menurut paramedik dan pasukan kecemasan.

Seorang mangsa wanita dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Walaupun pihak berkuasa belum mengesahkan hubungan suspek dengan mangsa, mereka menyifatkan kejadian sebagai “kemungkinan kes keganasan rumah tangga.”

Seorang remaja lelaki ditahan dan kini berada di Pusat Tahanan Juvana King County.

“Amat menyedihkan. Sangat mengganggu. Saya yakin pasukan saya akan menjalankan siasatan dengan terperinci dan kami akan menentukan fakta berkaitan insiden ini,” kata Syerif King County, Patti Cole-Tindall.

Umur dan identiti mangsa belum didedahkan, lapor UPI. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan