Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Warga SMK Lawas berkumpul pagi ini selepas dua blok bangunan sekolah mereka terbakar malam tadi. Foto TVS

Henry Sum salur peruntukan kepada PIBG SMK Lawas yang terlibat dalam kebakaran

LAWAS, 22 Okt: Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong menyantuni Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Lawas yang terlibat kebakaran melalui penyaluran peruntukan tambahan bagi meringankan beban mereka yang ditimpa kesusahan.

Katanya, peruntukan tambahan dalam bentuk geran Projek Kecil Luar Bandar akan disalurkan melalui Persatuan Ibubapa dan Guru(PIBG) SMK Lawas dalam masa terdekat.

Beliau turut berkongsi kesedihan dengan musibah yang menimpa warga SMK Lawas selepas dua blok bangunan sekolah itu ranap dijilat api malam tadi.

“Ini sesuatu yang menyedihkan kita kerana SMK Lawas adalah sekolah paling lama di daerah ini dan telah melahirkan ramai pemimpin.

“Jadi kita akan bantu dengan dana tambahan yang akan disalurkan melalui tabung PIBG untuk pihak sekolah gunakan bagi membeli alatan penting,” katanya kepada media ketika dihubungi hari ini.

Selain itu Henry Sum juga mahu agar pihak bertanggungjawab di Lawas untuk memastikan pembinaan sekolah baharu SMK Lawas Dua dapat dilaksanakan dengan kadar segera.

“Ini penting kerana keadaan struktur bangunan kelas di SMK Lawas banyak yang uzur dan ada bangunan yang terdedah dengan ancaman lain seperti tanah runtuh.

“Kita minta pihak Pejabat Pendidikan bersama Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dapat memastikan projek pembinaan SMK Lawas Dua dapat dipercepatkan kerana kita difahamkan projek ini mengalami kelewatan,” ujarnya.

Pada malam Isnin dua blok bangunan SMK Lawas ranap dalam kebakaran yang pada jam 11.36 malam itu. Kebakaran itu memusnahkan blok pentadbiran dan blok gedung ilmu sekolah itu.

SMK Lawas mempunyai 1,000 pelajar yang merupakan sekolah harian dan terletak di kawasan bandar Lawas.- TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan