Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Johnie Zawawi mahu Kementerian Pendidikan mengkaji semula kadar elaun pengetua dan guru besar. Foto Tangkap layar Parlimen Malaysa

Elaun pengetua dan guru besar wajar dikaji semula – Ahmad Johnie

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Kementerian Pendidikan (KPM) digesa mengkaji semula kadar elaun pengetua dan guru besar yang dilihat tidak setimpal dengan tanggungjawab tambahan yang diamanahkan kepada mereka.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata peruntukan elaun itu yang diterima pengetua (RM300) dan guru besar (RM200) adalah lebih kecil berbanding elaun warden asrama sekolah.

“Isu ini sering dibangkitkan warga pendidik di seluruh negara namun amat terkesan bagi pengetua dan guru besar yang berada jauh di pedalaman.

“Saya juga ingin tahu, adakah isu elaun pengetua dan guru besar yang sedikit dan tidak setimpal dengan tanggungjawab mereka menyebabkan ramai guru-guru yang layak tidak mahu memohon mengikuti program kelayakan profesional kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) sebagai pra-syarat menjadi pengetua dan guru besar,” katanya pada sesi perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat semalam.

Selain itu, Ahmad Johnie turut menggesa KPM kekosongan jawatan guru besar dan pengetua di Sarawak yang dilihatnya berpotensi merencat pengurusan sekolah serta prestasi pelajar berikutan tiada pemantauan serta bimbingan yang berkesan untuk para guru dan murid.

Tambahnya, terdapat 109 sekolah rendah masih tidak mempunyai guru besar dan 75 sekolah menengah masih tidak ada pengetua setakat 30 September lalu.

“Saya ingin tahu apakah perancangan dan tindakan yang akan di ambil oleh KPM untuk mengatasi masalah ini dan memohon agar KPM mempercepatkan proses pemilihan dan perlantikan guru besar dan pengetua dan tidak boleh di biarkan terlalu lama.

“Saya juga ingin tahu apakah sebab masalah ini berlaku sehingga pelantikan dan penempatan guru besar dan pengetua sukar dilakukan khususnya bagi sekolah-sekolah di kawasan pedalaman Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan