Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran yang memusnahkan dua blok bangunan SMK Lawas, malam tadi. Foto JBPM

Dua blok bangunan SMK Lawas musnah terbakar

LAWAS, 22 Okt: Satu blok pentadbiran dan satu blok gedung ilmu Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas musnah dalam kebakaran malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.36 malam dan seterusnya menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas.

“Setiba di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan dua blok bangunan sekolah jenis struktur separuh kekal telah terbakar 100 peratus,” katanya menerusi kenyataan.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Bomba menghadapi kesukaran ketika melakukan kerja-kerja pemadaman akibat daripada masalah sumber air di lokasi kejadian.

“Kebakaran berjaya dikawal dan kerja-kerja overhaul dilakukan sehingga bara api padam sepenuhnya,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan