Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Adam Yii Siew Sang (tengah) bersama para penganjur pada sidang media Festival Jazz Borneo di Miri, hari ini. Foto Vanessa Enjop (TVS)

Borneo Jazz Festival 2024 kembali meriahkan Miri dengan tema ‘Jazzy Miri’

ByVanessa Enjop

MIRI, 22 Okt: Festival Jazz Borneo akan kembali menghiburkan warga bandar raya ini dan pengunjung bermula 29 November hingga 1 Disember 2024.

Edisi ke-18 yang dijangka lebih meriah ini akan diadakan di Eastwood Valley Golf & Country Club dengan tema ‘Jazzy Miri’.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berharap agar pentas jazz ini dapat mengangkat bakat artis tempatan untuk diiktiraf di peringkat global.

“Festival Jazz Borneo tahun ini bertujuan untuk menghidupkan semula suasana jazz, terutamanya selepas pandemik baru-baru ini, sambil dikelilingi keindahan alam semula jadi di Miri.

“Kami berbesar hati kerana sekali lagi membawa peminat muzik di Malaysia dan seluruh dunia kembali secara fizikal ke Festival Jazz Borneo di Miri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

“Apabila kita menantikan festival ini, saya berharap kita akan terus berkembang, baik dari segi skala mahupun impak, dengan memupuk semangat perpaduan melalui muzik serta merangsang ekonomi tempatan dengan menarik lebih ramai pelawat ke Miri,” tambahnya.

Lebih menarik, festival ini juga akan menampilkan segmen pertandingan kumpulan pada 1 Disember yang bakal memberi peluang kepada pemuzik tempatan untuk bersaing dengan artis-artis ternama di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti bengkel muzik untuk kanak-kanak dan pemuzik tempatan, BJF 2024 menyasarkan untuk mengukuhkan imej Miri sebagai pusat seni dan budaya yang semakin berkembang.

Bagi mereka yang tidak mahu ketinggalan, tiket awal boleh mula dibeli pada 7 Oktober 2024 dengan harga istimewa.

Pass 1 Hari dijual pada RM80 dan Pass 2 Hari pada RM150, manakala kemasukan hari ketiga adalah percuma. Untuk maklumat lanjut, layari jazzborneo.com atau deckworksevents.com. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan