Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita warga emas berjaya diselamatkan penduduk dalam kebakaran di Kampung Tringus, Bau malam tadi. Foto JBPM

Wanita warga emas diselamatkan penduduk dalam kebakaran di Bau

BAU, 21 Okt: Seorang wanita warga emas berjaya diselamatkan penduduk dalam kebakaran di Kampung Tringus di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Nelson Phang berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.02 malam dengan menggerakkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah setingkat jenis tidak kekal telah terbakar keseluruhan.

“Turut musnah ialah sebuah kereta Proton Saga yang gagal diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, terdapat seorang wanita warga emas berusia 80 tahun yang bersendirian di rumah berjaya diselamatkan oleh dua penduduk kampung semasa kejadian.

“Terdapat tiga rumah berhampiran turut terbakar antara lima peratus hingga 10 peratus.

“Pihak bomba bertindak membuat size up dengan kaedah RECEO dan seterusnya mengarahkan anggota membentang satu aliran 200 kaki dua nozel menggunakan pam angkut GP 10/10 sumber air daripada ground hydrant berdekatan untuk memadam rumah yang terbakar,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan