Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tingkat empat ke atas sengkuap di tingkat satu sebuah bangunan semasa cuba melarikan diri daripada polis di Dato Keramat hari ini. Foto JBPM

Wanita lari dari polis cedera jatuh dari tingkat empat bangunan

GEORGE TOWN, 21 Okt: Seorang wanita mengalami kecederaan parah selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan semasa cuba melarikan diri daripada polis di Dato Keramat di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, wanita berusia 33 tahun tersebut didapati terjatuh di bahagian bumbung tingkat satu bangunan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, kejadian berlaku semasa sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut melakukan operasi membanteras kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di kawasan itu.

“Semasa serbuan, wanita itu berada bersama seorang suspek lelaki, namun hanya dia yang melarikan diri sebelum terjatuh di atas sengkuap (awning).

“Kita telah meminta bantuan pihak bomba untuk membawa mangsa turun sebelum dia dihantar ke hospital,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Mohd Akmal Nasjuan Harun berkata, semasa bomba tiba, mangsa berada dalam keadaan tertiarap dan mengalami kecederaan.

“Mangsa masih bernyawa, namun tidak sedarkan diri sebelum pasukan penyelamat menurunkannya menggunakan pengusung dan tangga jentera.

“Dia diangkat dengan berhati-hati kerana didapati cedera parah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan