KUALA LUMPUR, 21 Okt: Trend bunuh diri di Malaysia dilihat kian membimbangkan apabila merekodkan peningkatan 10 peratus pada tahun lepas berbanding 2022.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai usaha telah dilaksanakan kerajaan untuk membendung perkara itu termasuk memperkenalkan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 1555.
RUU Profesion Kerja Sosial dijangka dibentang tahun depan – Nancy
Jelas beliau Talian HEAL yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerima sebanyak 342 panggilan berkaitan tingkah laku bunuh diri sejak 2022 hingga Oktober tahun ini.
“Daripada jumlah panggilan itu, (sebanyak) 138 daripadanya ialah panggilan mengenai cubaan membunuh diri,” katanya semasa berucap pada Majlis Peluncuran Dasar Sosial Negara 2030 di Pusat Dagangan Antarabangsa (WTC), di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beberapa isu sosial seperti kes penceraian, keganasan rumah tangga, penderaan dan pengabaian kanak-kanak serta warga emas dan orang kurang upaya (OKU) turut meningkat.
RUU Profesion Kerja Sosial dijangka dibentang tahun depan – Nancy
“(Dalam soal ini) kerajaan tidak pernah berdiam diri dan sentiasa mencari inisiatif untuk membendung masalah-masalah sosial yang berlaku dalam negara.
“Bermula dengan Dasar Sosial Negara pertama pada 2003, (ia) diperkukuh lagi dengan penubuhan Majlis Sosial Negara, kerajaan sentiasa mengutamakan langkah strategik dan bersepadu untuk menangani masalah-masalah sosial berikut,” katanya. -TVS.