Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 200,000 tenaga kerja hilang punca pendapatan, sektor pembuatan antara paling terkesan. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Sektor Pembuatan paling terjejas, 75,615 tenaga kerja hilang pekerjaan sejak 2020

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Sektor pembuatan mencatatkan jumlah tertinggi tenaga kerja yang kehilangan pekerjaan, dengan 75,615 orang hilang pendapatan sejak tahun 2020 hingga 27 September 2024, menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Beliau berkata, jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 293,639 pekerja dari tujuh sektor yang telah terjejas sepanjang tempoh berkenaan.

“Enam sektor lain yang paling terkesan adalah sektor perdagangan borong dan runcit (43,614 orang), sektor aktiviti profesional, saintifik dan teknikal (23.907 orang), sektor ICT (19,931 orang), sektor penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (23,124 orang), sektor pembinaan (21,233 orang), sektor pengangkutan (20,953) dan lain-lain sektor (65,262 orang),” katanya pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sehubungan itu bagi mengatasi masalah ini tegas beliau,  kementeriannya telah memperkenalkan pelbagai program latihan kemahiran untuk memastikan pekerja dan graduan dilengkapi dengan kemahiran terkini dalam sektor teknologi dan Industri 4.0, termasuk automasi dan kecerdasan buatan.

“Melalui pelbagai program latihan kemahiran, KESUMA komited untuk memperkukuh kebolehpasaran graduan dan pekerja, selaras dengan kehendak industri semasa.

“Bagi menangani cabaran guna tenaga tidak penuh, terutamanya bagi graduan baharu dan pekerja tempatan, pelbagai program telah diperkenalkan oleh KESUMA antaranya Program Latihan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan, Skim Latihan Bakal Pekerja (FWT), Kursus Berfokuskan Industri 4.0, Kerjasama Strategik dan Pusat Teknologi dan Pembiayaan PTPK untuk Pelatih Kemahiran,” katanya.

Abdul Rahman turut menegaskan bahawa KESUMA akan terus mengorak langkah ke hadapan bagi memastikan graduan dan pekerja tempatan mampu menghadapi cabaran ekonomi masa depan dengan kemahiran yang diperlukan, khususnya dalam sektor teknologi dan Industri 4.0.

Persoalan mengenai usaha kerajaan menangani isu pengangguran dan cabaran guna tenaga tidak penuh turut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew, dan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan