Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) akan dirangka dengan lebih holistik untuk menstruktur semula ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Sarawak sertai Program Jelajah MADANI Mendengar, fokus input rakyat untuk RMK13

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Sarawak akan menjadi negeri kelima menyertai Program Jelajah MADANI Mendengar yang dijadualkan berlangsung pada 5 November ini di sebuah hotel terkemuka di Kuching.

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, program Jelajah MADANI Mendengar telah dianjurkan di seluruh negara bagi mendapatkan input dan maklum balas daripada rakyat mengenai dasar dan aspirasi baharu yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan.

“Untuk memastikan MADANI Mendengar menjadi wadah yang efektif, semua pandangan yang dikumpulkan semasa jelajah di seluruh negara akan dibincangkan pada pelbagai peringkat perancangan. Idea baharu dan maklum balas yang diterima akan diperhalusi di bawah Kumpulan Fokus yang dibentuk,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Kuala Pilah, Dato’ Adnan Abu Hassan mengenai mekanisme dan strategi Kementerian Ekonomi dalam memastikan program Jelajah MADANI Mendengar menjadi platform yang berkesan untuk Kerajaan mengumpulkan pandangan dalam usaha merangka Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

Jelasnya, program Jelajah MADANI Mendengar ini merupakan salah satu inisiatif utama Kerajaan dalam memastikan bahawa RMK13 dibangunkan dengan mengambil kira pandangan serta keperluan rakyat di seluruh negara dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia.

“Penglibatan daripada pelbagai pihak dan semua lapisan masyarakat akan diambil kira. Pandangan dan cadangan yang disuarakan akan dijadikan input dalam usaha kerajaan merangka strategi dengan memperkenalkan beberapa reformasi yang lebih berani dan radikal,” katanya.

Tambah beliau, RMK13 akan dirangka dengan pendekatan yang lebih holistik, strategik, dan inklusif untuk mencapai matlamat Ekonomi MADANI.

Langkah ini bertujuan menstruktur semula ekonomi negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia, selain meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Kementerian Ekonomi sedang giat melaksanakan pelbagai sesi libat urus, perbincangan, dialog serta mesyuarat Kumpulan Perancang Antara Agensi (IAPG) bagi mendapatkan input dan cadangan yang akan diambil kira dalam membangunkan kerangka RMK13,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa sesi libat urus Parlimen (SLU) akan diadakan pada Disember 2024 untuk mendapatkan input tambahan daripada semua Ahli Parlimen.

Bukan itu sahaja, kementeriannya juga telah melancarkan portal RMK13 bagi membolehkan seluruh rakyat menyuarakan pandangan dan aspirasi terhadap dasar yang akan dilaksanakan oleh kerajaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan