Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nancy bercakap kepada pemberita selepas hadir Majlis Peluncuran Dasar Sosial Negara 2030 di Pusat Dagangan Antarabangsa (WTC), di sini hari ini. Foto, TVS.

RUU Profesion Kerja Sosial dijangka dibentang tahun depan – Nancy

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial bakal dibentangkan di Dewan Rakyat tahun depan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Jelas Nancy, ketika ini perbincangan serta rundingan bersama agensi-agensi berkaitan sedang dilaksanakan oleh kementeriannya.

Menurut beliau terdapat beberapa isu teknikal melibatkan RUU berkenaan yang sedang diperhalusi selain pelbagai pihak mahu turut serta dalam RUU berkenaan.

“(Sebenarnya) kita ingin (bentang) pada tahun ini namun tidak sempat, mungkin tahun depan (dapat dibentangkan).

“Perbincangan masih dilaksanakan,” katanya.

Nancy berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Peluncuran Dasar Sosial Negara 2030 oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Sebelum ini, Nancy berkata kerajaan menyasarkan untuk membentang RUU berkenaan pada tahun ini.

Beliau turut memberitahu kerajaan secara prinsip bersetuju dengan cadangan penggubalan RUU itu dan telah mengemukakan draf untuk semakan kepada Jabatan Peguam Negara pada Jun 2021.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan