Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perbincangan Petros, Petronas masih diteruskan – Abang Johari

SINGAPURA, 21 Okt: Perbincangan anak syarikat Kerajaan Sarawak, Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berhubung penyeliaan perdagangan minyak dan gas (O&G) masih diteruskan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perbincangan melibatkan aturan tekninal antara Petros dan Petronas.

“Tiada isu besar, hanya berbincang mengenai beberapa pengaturan teknikal antara Petros dan Petronas.

“Kami telah mencapai pengaturan tertentu dalam kebanyakan perkara dan isu teknikal yang selebihnya sedang dibincangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) di sini hari ini.

Menerusi kenyataan sebelum ini, Kerajaan Sarawak serta Petronas dan Petros telah mengesahkan bahawa perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak sedang berjalan dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan