Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Veronica Lugah semasa perasmian persidangan Lean Healthcare Borneo 2024 di Pustaka Negeri Sarawak, Miri, hari ini. Foto Tasha Jenkins (TVS)

Lean Healthcare tingkat kecekapan, kualiti penjagaan pesakit

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 21 Okt: Konsep pengurusan Lean Healthcare semakin mendapat perhatian dalam sektor kesihatan bagi meningkatkan kecekapan dan kualiti penjagaan pesakit.

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Veronica Lugah, menekankan bahawa dalam usaha menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi, organisasi kesihatan sering berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk peningkatan permintaan pesakit, kekangan kewangan, dan kekurangan sumber.

“Dalam keadaan mendesak terutama melibatkan keperluan bagi penyampaian kesihatan, penerapan prinsip Lean menjadi penyelesaian amat relevan.

“Prinsip Lean dalam bidang kesihatan memberi peluang unik untuk mengoptimumkan proses, menghapuskan pembaziran dan seterusnya meningkatkan hasil rawatan pesakit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Lean Healthcare Borneo 2024 di Pustaka Negeri Sarawak Miri hari ini.

Menurutnya, penerapan prinsip Lean tidak terhad kepada hospital besar sahaja malah boleh diaplikasikan di klinik kecil di kawasan luar bandar selaras dengan matlamat untuk menyediakan penjagaan kesihatan inklusif.

Antara peserta persidangan termasuk wakil dari seluruh Malaysia dan Brunei.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan