Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pinjaman wang tanpa lesen yang terbabit dalam 27 ke simbah cat dan khianat dengan api di enam negeri selepas memberkas empat lelaki menerusi operasi berasingan. Foto hiasan Envato

Kumpulan Ah Long terlibat 27 kes simbah cat, khianat dengan api diberkas

GEORGE TOWN, 21 Okt: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pinjaman wang tanpa lesen yang terbabit dalam 27 kes simbah cat dan khianat dengan api di enam negeri selepas memberkas empat lelaki menerusi operasi berasingan di negeri ini, Perak dan Kedah pada Khamis lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, suspek warga tempatan berusia 23 hingga 28 tahun itu disyaki terbabit dalam kegiatan Ah Long yang menawarkan pinjaman secara dalam talian.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam 27 kes simbah cat dan khianat dengan api (terhadap peminjam) di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka.

“Semakan dalam telefon bimbit yang dirampas juga menjumpai 24 rakaman video kejadian itu yang dirakam suspek semasa melakukan jenayah tersebut di lokasi berasingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Hamzah, polis merampas beberapa barangan termasuklah satu set daftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama syarikat yang dipercayai bagi menjalankan kegiatan itu, sebuah buku cek dan sebuah buku catatan yang mengandungi senarai nama peminjam.

Katanya, turut disita bagi siasatan lanjut adalah empat buah telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Honda City.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427, Seksyen 435 dan Seksyen 436 Kanun Keseksaan serta Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan