KUALA LUMPUR, 21 Okt: Masyarakat India diminta untuk tidak terpengaruh dengan tuduhan kononnya mereka dipinggirkan oleh Kerajaan Perpaduan menerusi pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat lalu.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R.Ramanan berkata, segelintir pihak memutar belitkan fakta dengan menyatakan RM130 juta yang diperuntukkan kepada masyarakat India tidak mencukupi.
BRIEF-i lulus peruntukan RM33.17 juta sokong perniagaan komuniti usahawan India
“Jadi saya nak tanya, adakah RM2 bilion peruntukan untuk sektor kesihatan bukan untuk komuniti India?
“RM64 bilion untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), adakah ia khas untuk Sekolah Kebangsaan (SK) atau Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKT) sahaja? Tidak, peruntukan itu untuk semua,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Cek Cura Program Pembiayaan BRIEF-i yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Deepavali di sini, hari ini.
Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM130 juta kepada masyarakat India untuk memperkasa dan membantu meningkatkan sosio ekonomi komuniti ketiga terbesar di negara ini.
Ia mendapat maklum balas Naib Ketua Bersekutu Bersatu, Datuk Seri Sanjeevan yang mempersoal sama ada jumlah berkenaan cukup untuk memartabatkan golongan itu.- TVS.