Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rolland menyampaikan replika cek bantuan skim tanaman lada baharu kepada penerimanya sempena Majlis Penutupan Seminar Pemerkasaan Pengiat Industri Lada Julau, di Dewan Masyarakat Julau, pada Isnin. Foto TVS

Jaga kualiti, kekal status lada Julau terbaik di dunia

JULAU, 21 Okt: Amalan pertanian lestari pekebun kecil di daerah Julau khususnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan berjaya menjadikan lada yang dihasilkan di kawasan itu sebagai yang terbaik di dunia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Rolland Duat Jubin berkata, pengeluaran lada di Julau banyak diusahakan oleh pekebun kecil, tetapi kualitinya menjadikannya salah satu lada terbaik yang mendapat pengiktirafan global.

Katanya, ia merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan sekali gus membuktikan penggiat industri lada di kawasan itu mampu menghasilkan lada premium berkualiti tinggi.

“Saya sebagai wakil rakyat kawasan ini (DUN Meluan), sedaya upaya saya mencari jalan untuk meningkatkan pasaran lada kita, saya sentiasa berbincang dengan ketua pengarah, bagaimana menaikkan harga lada bukan hanya di Julau tapi di seluruh Sarawak.

“Tetapi, saya amat bangga kerana Julau diiktirafkan mempunyai kualiti lada yang terbaik di dunia, saya dimaklumkan menteri (Dato Sri Abdul Karim), lada terbaik di dunia. Kita harus bangga,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penutupan Seminar Pemerkasaan Penggiat Industri Lada Julau, di Dewan Masyarakat Julau, hari ini.

Beliau berkata, Sarawak secara keseluruhan, termasuk Julau, juga merupakan antara pengeksport utama lada berkualiti tinggi, dengan produk mereka dieksport ke negara-negara seperti Jepun, Korea, dan Eropah.

Malah ujarnya, kawasan julau juga dilihat mempunyai potensi bagi pengeluaran lada premium seperti lada putih krim yang memberi pulangan harga yang lebih tinggi berbanding lada gred biasa.

Setakat ini, kawasan seluas 19.2 hektar dibangunkan sebagai kawasan pengeluar lada premium di Julau yang melibatkan seramai 89 orang pekebun sekali gus menjadikan kawasan itu sebagai pengeluar lada utama di Sarawak.

“Cuma saya ingin berpesan kepada semua pekebun lada agar menjaga kualiti penanaman lada. Ini amat penting demi kestabilan harga komoditi itu dalam jangka panjang. Pihak kerajaan pula akan sentiasa membantu melalui pelbagai pendekatan yang bersesuaian,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan