Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki lemas ketika mandi di kolam renang di sebuah kondominium di Kuching, malam ini berjaya diselamatkan orang awam dan pihak bomba. Foto JBPM

Dua lelaki lemas di kolam renang berjaya diselamatkan

KUCHING, 21 Okt: Dua lelaki lemas ketika mandi di kolam renang di sebuah kondominium di sini, malam ini berjaya diselamatkan orang awam dan pihak bomba.

Komander Operasi, Suhardi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 8 malam dengan menggerakkan 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan bantuan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Dua orang mangsa lelaki berusia 19 tahun dan 32 tahun didapati lemas di kolam renang dan tindakan anggota telah memberi bantuan pertolongan cemas kepada seorang mangsa yang terlibat.

“Kedua mangsa yang lemas telah diselamatkan ke tepi kolam oleh orang awam yang telah berada di lokasi kolam sebelum anggota bomba tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa pertama dalam keadaan stabil serta sedar manakala mangsa kedua tidak mempunyai nadi dan tindakan memberi bantuan pernafasan (CPR) telah dilakukan oleh anggota bomba serta pihak perubatan sehingga mangsa stabil dan mempunyai nadi.

“Tindakan seterusnya kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan menggunakan jentera EMRS serta ambulans KKM untuk tindakan lanjut,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan