KUCHING, 21 Okt: Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) dengan Maxis Communications Berhad (Maxis) bertujuan memperkenalkan teknologi 5G dalam usaha pendigitalan pelabuhan.
Inisiatif ini diyakini mampu memberi impak positif kepada operasi pelabuhan dan alam sekitar di kawasan sekitar.
Selain itu, ia turut membantu meningkatkan keselamatan serta memperbaiki pemantauan alam sekitar dan kecekapan operasi.
MoU tersebut ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif BPHB, Ruslan Abdul Ghani, dan Pengurus Besar Teknologi Maklumat Kumpulan, Ramzi Shafiee
Dalam pada itu, Maxis diwakili oleh Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporatnya, Mariam Bevi Batcha dan bersama pasukan pengurusan Maxis.
Majlis pertukaran MoU turut disaksikan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi dalam Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS24). -TVS