KUCHING, 21 Okt: Pasukan The Red (1) Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri menjuarai Program Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Challenge yang diadakan di PULAPOL Sarawak di sini mulai Jumaat hingga Sabtu.
Naib juara dimenangi Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur manakala ketiga dimenangi Batalion 10 PGA.
Bagi kategori awam pula juara dimenangi Rentap Muay Thai Gym, kedua Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Dan ketiga Rentap X DMT A.
Majlis perasmian program itu disempurnakan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata.
Inisiatif tersebut bertujuan memupuk gaya hidup sihat, semangat kerjasama, meningkatkan kecergasan dan disiplin dalam kalangan warga polis serta orang awam.
Hadir sama pada majlis itu Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Ibrahim Darus dan Komandan PULAPOL Sarawak SAC Zulfikar Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali. – TVS