Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jasad warga emas yang hilang ketika keluar ke kebun di Rumah Panjang Frederick Juan, Kumpai, Krian, Saratok ditemui hari ini. Foto JBPM

Warga emas hilang ditemui meninggal dunia

SARATOK, 20 Okt: Warga emas yang hilang ketika keluar ke kebun di Rumah Panjang Frederick Juan, Kumpai, Krian di sini, ditemui meninggal dunia hari ini selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sejak Khamis.

Komander Operasi, Kho Boo Jang berkata, jasad Sipin Landok berusia 94 tahun dijumpai penduduk rumah panjang yang bersama dalam pencarian pada jam 2.50 petang ini.

“Jasad mangsa ditemui dalam radius 100 meter dari jarak kali terakhir mangsa dilihat dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindalan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dengan penemuan jasad mangsa operasi SAR ditamatkan pada jam 3.30 petang ini.

“Pencarian mangsa yang hilang sejak Khamis diteruskan bersama pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) dan penduduk rumah panjang pagi tadi.

“Pihak SAR bertindak membuat pencarian dalam radius satu kilometer dari kawasan tower (bukit) dengan teknik base line,” ujarnya.

Mangsa keluar rumah ke kebun getah pada Khamis, anggaran jarak 500 meter dari rumah panjang dan tidak pulang ke rumah sehingga laporan dibuat keluarga pada petang hari yang sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan