Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Chai Khin Chung ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak. Foto TVS

UKPS akan salur bantuan kepada keluarga mangsa – Dr Chai

KUCHING, 20 Oktober: Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) akan menyalurkan bantuan kepada keluarga mangsa dalam tempoh terdekat.

Pengarahnya, Datuk Dr Chai Khin Chung berkata, bantuan awal sudah disalurkan menerusi Kelab Kebajikan UKPS selepas laporan mengenai insiden dilaporkan.

Menurutnya, UKPS turut mempertimbangkan bantuan lain kepada waris mangsa berdasarkan pekeliling perkhidmatan Kerajaan Sarawak.

“Kita akan ikut apa mekanisme dalam peruntukan perundangan seperti Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan sebagainya.

“Manakala bagi bantuan tambahan, saya akan berbincang dan mendapat nasihat daripada Setiausaha Kerajaan Sarawak,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak di sini.

Mengenai penyertaan pasukan UKPS dalam Regata Sarawak, Dr. Chai berkata, perkata itu akan dipertimbangkan kemudian selepas mendapat pandangan dan nasihat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak.

Malah beliau tidak menolak kemungkinan penyertaan unit berkenaan dalam regata kali ini ditarik balik.

Bagaimanapun sebarang keputusan mengenainya hanya akan diputuskan selepas perbincangan mengenai tindakan selanjutnya.

Ketika ini katanya, UKPS menyerahkan siasatan insiden berkenaan kepada pihak polis dan keputusan sama ada untuk menimbulkan perahu tersebut akan ditentukan selepas siasatan dimuktamadkan oleh pihak polis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan