SARATOK, 20 Okt: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih belum menemui sebarang pentunjuk seorang warga emas yang dikhuatiri hilang di kebun di Rumah Panjang Frederick Juan, Kumpai, Krian, di sini yang memasuki hari ketiga hari ini.
Komander operasi, Kho Boo Jang berkata, operasi pencarian diteruskan bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk rumah panjang.
“Pasukan SAR bertindak membuat pencarian dalam radius satu kilometer dari kawasan tower (bukit) dengan teknik base line,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa, Sipin Landok yang berusia 94 tahun keluar rumah ke kebun getah dengan anggaran jarak 500 meter dari rumah panjang pada Khamis dan tidak pulang sehingga laporan dibuat.
Mangsa dikatakan berbaju T-shirt berwarna putih dan berseluar pendek.-TVS