Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima disahkan lemas dan jasad kesemua mereka ditemui pagi tadi selepas perahu yang digunakan untuk menjalani latihan regata karam di Royal Bay Commercial Centre Jalan Buruh Bintawa, Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Rubiah Wang zahir takziah kepada keluarga mangsa perahu karam

KOTA SAMARAHAN, 20 Okt: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang mengucapkan takziah buat seluruh keluarga mangsa perahu karam.

Menurutnya, beliau turut berduka cita dan sedih atas berita pemergian yang tidak diduga itu.

“Semoga kesabaran dan kekuatan mengiringi ahli keluarga terlibat dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

Katanya, setiap kehilangan pasti meninggalkan kesan yang mendalam.

“Namun yakinlah bahawa mereka telah kembali kepada Yang Maha Esa dengan rahmat dan kasih sayang-Nya,” ujarnya.

Dalam kejadian pada petang Jumaat, perahu yang digunakan untuk menjalani latihan regata karam di Royal Bay Commercial Centre Jalan Buruh Bintawa.

Kejadian melibatkan 16 peserta menggunakan sebuah perahu untuk latihan regata.

Seramai 11 orang berjaya menyelamatkan diri dan lima disahkan lemas dan jasad kesemua mereka ditemui pagi tadi.

Mereka ialah Mohammad Ikhmal Sama’ail, 34, Majurie Maharuf, 32, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26, Mohamad Khairul Bidin, 26, dan Muhammad Khairul Hisham Kasturi,23.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan