Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika tiba di bangunan Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR). Foto David Andreas (TVS)

PM Anwar hadiri majlis angkat sumpah Presiden Indonesia

JAKARTA, 20 Okt: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri pelantikan Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka sebagai presiden dan naib presiden baharu Indonesia bagi penggal 2024-2029.

Anwar tiba di Bangunan Perhimpunan Perundingan Rakyat (MPR) dengan disambut Prabowo bersama-sama 15 lagi ketua negara asing.

Pada kesempatan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Prabowo yang mengangkat sumpah sebagai presiden Indonesia kelapan.

“Saya mewakili Kerajaan Malaysia mengucapkan tahniah kepada rakan lama saya Prabowo yang telah dilantik sebagai presiden kelapan Indonesia,” katanya.

Anwar berkata, beliau telah berbincang dengan presiden baharu Indonesia untuk memperkukuh kerjasama dua hala dan berazam menambah baik bidang kerjasama serta pelbagai aspek sebaik mungkin dalam kepimpinannya.

Bukan itu sahaja, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Indonesia ketujuh, Joko Widodo yang banyak berjasa sejak 10 tahun pemerintahannya.

Beliau turut menyebut usaha yang dilakukan oleh Jokowi untuk mengekalkan hubungan baik dan kerjasama dengan Malaysia amat dihargai.

Anwar dijangka menamatkan lawatan kerjanya dengan berlepas pulang ke Kuala Lumpur melalui Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma selepas majlis angkat sumpah tengah hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan