Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Foto fail Bernama

Peruntukan kepada KKR meningkat sembilan peratus

BySalasiah Safian

MIRI, 20 Okt: Peruntukan Kementerian Kerja Raya (KKR) meningkat sebanyak sembilan peratus untuk tahun 2025, kata Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurutnya, kebanyakan bajet yang dipohon KKR diluluskan oleh Kementerian Kewangan termasuk untuk beberapa program baharu.

“Kali ini kita berbangga kerana banyak yang kita pohon telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan juga diberi peruntukan yang kami boleh katakan sebagai baik sebab kita telah kemukakan beberapa program baharu. Jadi program ini diterima dan diberi peruntukan.

“Berbanding tahun ini dengan tahun depan, bajet keseluruhannya kita dapat ada kenaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Kompleks APMM Daerah Miri, di sini hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2.8 bilion untuk projek jalan persekutuan, RM1 bilion untuk jalan sekunder, jalan Felda dan jalan industri.

Selain daripada itu, bajet tersebut juga akan memberi manfaat kepada kontraktor kecil G1 dan G4 yang mana ia dinaikkan sehingga RM450 juta berbanding RM300 juta pada tahun 2024.

“Untuk lampu jalan baharu dan lampu isyarat pintar, kita dapat kenaikan juga 48 peratus peruntukan. Ini terbaiklah dan untuk JD iaitu jurutera daerah kita bahagikan dalam satu tahun, tahun 2024, tahun 2025 pun kita dapat bajet yang sama iaitu RM200,000 setahun untuk setiap daerah.

“Ini untuk kerja yang perlu disegerakan. Tak perlu menunggu untuk ibu pejabat turunkan peruntukan itu,” ujarnya.

Belanjawan 2025 dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan