Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PBB menggesa lebih banyak laluan dibuka bagi membolehkan bekalan dan perkhidmatan kritikal disampaikan. Foto: AFP

PBB desak Israel buka lebih banyak laluan bantuan ke Gaza

ByBernama

TEL AVIV, 20 Okt: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad menggesa Israel membuka lebih banyak laluan ke Semenanjung Gaza bagi memudahkan penghantaran bantuan kepada penduduk, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Di Gaza, kami tidak dapat menjalankan operasi kemanusiaan pada skala yang diperlukan hanya dengan beberapa laluan yang tidak boleh dipercayai dan sukar diakses,” kata Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) dalam satu hantaran di X.

PBB menggesa lebih banyak laluan dibuka bagi membolehkan bekalan dan perkhidmatan kritikal disampaikan. “Bantuan hanya dapat dimanfaatkan apabila ia sampai kepada orang yang memerlukannya, pada waktu mereka memerlukannya,” kata OCHA.

Pasukan Pertahanan Israel melancarkan serangan baharu terhadap Hamas di utara Semenanjung Gaza dua minggu lepas. Sejak itu, organisasi bantuan melaporkan keadaan kebuluran dan bencana dialami penduduk awam Palestin. – TVS

Tags: gaza, pbb, tel aviv

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan