KUCHING, 20 Okt: Kelima-lima mangsa perahu karam berjaya ditemui pada pagi Ahad.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak hari ini, Operasi dan menyelamat (SAR) hari ketiga dimulakan seawal jam 6 pagi tadi dengan menggunakan dua bot bomba ke Baraj Sungai Sarawak.
Menurutnya, tiga mangsa dijumpai selepas 40 minit operasi dijalankan di lokasi tersebut.
“Dua mangsa dijumpai pada jam 6.16 pagi, seorang dijumpai pada jam 6.40pagi manakala seorang dijumpai pada jam 7.07 pagi dan seorang lagi mangsa ditemukan dua minit kemudian (7.09 pagi),” katanya.
Dalam tragedi yang berlaku pada Jumaat itu, lima mangsa dilaporkan hilang selepas perahu yang digunakan mereka bersama-sama 11 yang lain karam ketika melakukan latihan untuk Regata Sarawak.
Kejadian dipercayai berpunca daripada perahu berkenaan dimasuki air selepas bertembung dengan ombak yang terhasil daripada bot nelayan dari arah bertentangan berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Bintawa. – TVS