Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menjelaskan kejadian seorang lelaki dengan mukanya cedera berdarah sambil memegang parang dan berkeliaran di kawasan Bertam di sini pada 6 Okt lepas, ialah pemandu sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan. Foto hiasan Envato

Lelaki pegang parang berkeliaran di Bertam ialah mangsa kemalangan – Polis

ByBernama

KEPALA BATAS, 20 Okt: Polis menjelaskan kejadian seorang lelaki dengan mukanya cedera berdarah sambil memegang parang dan berkeliaran di kawasan Bertam di sini pada 6 Okt lepas, ialah pemandu sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abd Rahman berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita pada 4.17 petang, 6 Okt dan lelaki berkenaan telah menyerah diri pada hari yang sama.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan menaiki sebuah kereta dari Alor Star, Kedah ke Subang, Selangor sebelum melanggar dua kenderaan lain sehingga menyebabkan keretanya (suspek) terbabas ke dalam longkang.

“Lelaki itu telah bertindak melarikan diri ke kawasan Bertam sambil membawa sebilah parang yang diambil dari keretanya kerana bimbang dipersalahkan sebagai punca kemalangan terbabit berlaku dan kejadian itu mempunyai kaitan dengan laporan polis berhubung kemalangan di KM 120 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 7(1) Akta Bahan Hakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 iaitu membawa senjata berbahaya di tempat awam.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mensensasikan kes itu sehingga mengganggu ketenteraman awam dan pihak polis juga meminta kerjasama saksi yang mempunyai maklumat mengenai kes itu agar berhubung dengan pegawai penyiasat Insp Irwan Shah Sumardi menerusi talian 04-5762222 (sambungan 227) atau mana-mana balai polis berdekatan.

Terdahulu, tular beberapa gambar memaparkan seorang lelaki memegang parang berkeliaran di Bertam sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan