Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas mencari siput di sungai Kampung Terusan Jaya, Sematan, petang ini. Foto JBPM

Lelaki dikhuatiri lemas selepas cari siput

SEMATAN, 20 Okt: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas mencari siput di Sungai Kampung Terusan Jaya di sini, petang ini.

Komander Operasi, Khairul Mohamad Nor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3.50 petang dengan menggerakkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian.

“Mangsa Mohamad Nazratul Kamil,26, dipercayai berenang membawa hasil sungai (siput), hilang dibawa arus air pasang.

“Kejadian berlaku sekitar jam 2.10 petang ketika mangsa berenang untuk menyebarangi sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, maklumat daripada dua saksi di tempat kejadian menyatakan mangsa berpakaian baju oren dan berseluar jeans pendek.

“Pihak bomba mendapatkan maklumat awal serta melakukan pencarian awal di kawasan tebing sungai petang ini.

“Pencarian awal turut dilakukan penduduk kampung menggunakan bot,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan