Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi menyaksikan simbolik penyerahan projek Kompleks Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Miri, di sini hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Kompleks APMM Miri bernilai RM118.3 juta siap sepenuhnya

BySalasiah Safian

MIRI, 20 Okt: Projek Pembinaan Kompleks Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Miri yang bernilai RM118.3 juta siap sepenuhnya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, kompleks tersebut berfungsi sebagai sebuah pusat perkhidmatan keselamatan setanding pusat keselamatan yang lain.

Menurutnya, ia sejajar dengan pembangunan sumber asli seperti minyak dan perikanan di perairan Miri.

“Bangunan APMM Miri ini direka bentuk dengan kapasiti 95 unit kediaman dengan 80 unit Kelas F dan 15 unit Kelas D, lengkap dengan bilik tidur, bilik mandi, dapur dan ruang tamu. Bagi bangunan pentadbiran pula, ia dilengkapi dengan bilik pengarah, bilik timbalan pengarah, dewan serbaguna, gimnasium, lokap dan surau. Turut dibina 179 tempat letak kenderaan, 79 tempat letak motosikal dan lain-lain kemudahan berkaitan.

“Saya berharap sumbangan KKR dalam pembinaan bangunan APMM Miri ini dapat menjadi pemangkin untuk mengorak langkah menjadi salah satu pusat keselamatan terulung yang menyediakan perkhidmatan keselamatan di wilayah utara Sarawak untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Projek Kompleks Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Miri, di sini hari ini.

Tambahnya bangunan sokongan itu amat penting bagi meningkatkan keamanan dan keselamatan perairan Miri dan wilayah utara Sarawak.

Projek Pembinaan Kompleks APMM Miri termasuk dalam Rancangan Malaysia ke-11 dan dibangunkan di kawasan seluas 6.25 ekar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan