MIRI, 20 Okt: Kementerian Kerja Raya (KKR) menunjukkan prestasi cemerlang dengan lebih 97 peratus projek dilaksanakanĀ setakat Oktober 2024.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada 786 projek yang dilaksanakan, hanya 21 daripadanya dikategorikan sebagai projek sakit.
āBanyak projek lain, saya memberikan gambaran secara keseluruhan hanya 2.67 peratus yang dikatakan projek bermasalah, sakit. Maknanya prestasi kita baguslah, 97.3 peratus boleh dikatakan siap dengan terbaik.
āJangan tengok kepada 2.67 peratus yang sakit itu. Tengok kepada 97 peratus yang sihat,ā katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Kompleks APMM Daerah Miri, di sini hari ini.
Mengulas lanjut mengenai projek yang dikategorikan sebagai sakit di Sarawak, beliau berkata, ia melibatkan projek Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belaga dan Kolej Vokasional Miri.
“Kita berusaha untuk memastikan projek tersebut dapat disiapkan segera,” ujarnya.-TVS