Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Rahman Junaidi menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan badminton

Karnival KJM bakal dilaksanakan dalam skala besar

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merancang mengadakan Karnival Kejiranan Mesra (KJM) dalam skala besar berbandingan penganjuran sebelum ini.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, ia bagi memastikan ahli KJM di bawah pentadbiran DBKU berinteraksi secara lebih meluas antara satu sama lain.

“Kita akan pastikan acara yang dilaksanakan pada edisi kali ini dipertingkatkan pada masa akan datang.

“Kalau boleh, tambahkan bilangan acara untuk meningkatkan semangat setia kawan sesama kita,” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang karnival KJM ialah kejohanan badminton, futsal, sepak takraw, silat, catur dan sukaneka.

Pada masa sama, beliau berkata, penganjuran Karnival KJM DBKU 2024 menjadi platform mengeratkan hubungan kejiranan dan memperkukuh silaturahim serta perpaduan dalam kalangan penduduk.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman percaya penganjuran karnival yang disertai lebih 50 KJM di bawah pentadbiran DBKU mampu menjadi landasan terbaik menerapkan semangat toleransi antara penduduk.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan