Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Karnival Kejiranan Mesra (KJM) berlangsung pada 19 dan 20 Oktober 2024 bertempat di Padang Merdeka. Foto FB DBKU

Karnival JKM kukuhkan ikatan komuniti

KUCHING, 20 Okt: Penganjuran Karnival Kejiranan Mesra (KJM) merupakan inisiatif untuk memupuk ikatan komuniti lebih kukuh dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Menerusi satu kenyataan, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memaklumkan karnival itu turut menggalakkan warga kota untuk aktif dalam kehidupan bermasyarakat.

“Secara keseluruhannya, karnival ini berfungsi sebagai platform interaktif yang menyeronokkan untuk membina komuniti yang harmoni dan berdaya tahan,” menurut kenyataan tersebut.

Selepas pertama kali diadakan pada tahun 2022, karnival yang dianjurkan DBKU yang memasuki edisi ketiga itu turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian menarik.

Menariknya KJM kali ini mengadakan pelbagai acara sukan yang semestinya memberi nilai positif kepada masyarakat seperti kejohanan dadminton, futsal, sepak takraw, silat dan pertandingan sukan rakyat.

Tidak ketinggalan, pertandingan catur, sukaneka, karom, dam haji, bazar produk KJM turut mewarnai karnival yang berlangsung pada 19 dan 20 Oktober 2024 bertempat di Padang Merdeka.

Majlis Penangguhan Karnival Kejiranan Mesra (KJM) DBKU disempurnakan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak yang Menteri Bertanggungjawab DBKU, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan