Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dayang Rozana bersama-sama pelajar SK Kampung Pinang menyertai Senamrobik dikenali Fitdosm HSN. Foto TVS

HSN dedahkan masyarakat dengan fungsi Jabatan Perangkaan Negara

KOTA SAMARAN, 20 Okt: Ulangtahun sambutan Hari Statistik Negara (HSN) kali ke-10 tahun ini diadakan dengan objektifnya untuk mendekati rakyat dan menjelaskan fungsi serta kepentingan banci kepada negara

Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak, Dayang Rozana Abang Hassan berkata, beberapa aktiviti berbentuk sukan rakyat diadakan bersempena sambutan HSN tahun ini yang bertemakan ‘Statistik Nadi Kehidupan’.

Menurutnya, Kampung Pinang di Samarahan dipilih sebagai lokasi penganjuran yang mana penduduk setempat turut diberi taklimat mengenai peranan Jabatan Perangkaan Negara menerusi bancian yang dilaksanakan.

“Kita (Jabatan Perangkaan Negara) sebagai agensi yang membekalkan data sebenarnya dekat dengan rakyat.

“Kitalah yang memberi apa-apa sahaja jawapan atau persoalan yang berkaitan data yang boleh membantu negara memahami apa yang berlaku di lapangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui TVS pada Sambutan Hari Statistik Negara (HSN) 2024 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Pinang, Kota Samarahan hari ini.

Semasa sesi taklimat, penduduk setempat diperkenalkan mengenai kepentingan bancian pertanian di dalam konteks keterjaminan makanan.

Menurut Dayang Rozana, kali terakhir banci pertanian diadakah ialah pada 2005.

Hadir sama Residen bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang, Guru Besar SK Pinang, Salbiah Samsudin dan Penghulu Kampung Pinang, Semawi Sulong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan